Yang Ada Adik Beradik, Mohon Baca Ni. Jangan Share Selagi Tak Habis Baca!!

Loading...

Sebenarnya bila adik beradik bergaduh sebenarnya telah hilang rahmat Allah dalam keluarga tu..sebab tu penting jaga hubungan dengan adik beradik..

Kalau kita tengok ada yg adik beradik kita susah sikit..dan Allah bagi kita rezeki lebih.. Bantulah adik beradik kita..sebaik baik sedekah adalah kepada ahli keluarga yg terdekat..kata nabi saw..

Saya pernah berbual dengan seorang jutawan di bangi saya x nak tag nama dia.. Nama dia haris… Baru umur 40 lebih.. Tapi kaya raya.. Rumah besar nak mati.. Suka bantu orang..

Banyak bg pendapat dan bantu saya.. Dia kata “Khalil.. Saya dulu agak berkira dengan adik beradik. Walaupun saya kaya..

Tapi bila dah kenal agama sikit2 ni.. Hidup saya berubah banyak.. Saya banyak bantu adik beradik..

Rupa rupanya Allah bagi lagi banyak pada saya bila saya start tak berkira dnegan adik beradik saya.. So khalil kalau ada adik beradik susah bantulah mereka.. Tengok lah Allah bagi rezeki kat u melimpah ruah..”

Terus teringat seorang ustaz kata “salah satu punca hidup kita sempit.. Susah.. Sebab putus hubungan silaturrahim dengan ahli keluarga..” YaAllah.. Takutnya..

Sedih lihat.. Ada adik beradik yg tak bertegur sapa bertaun taun.. Sebenarnya kalau kita pergi minta maaf ngan adik beradik kita walaupun kita tak salah.. Allah akan tinggikan darjat kita.. Tak hina pun orang yg meminta maaf..

Ustaz saya kata “Kita cepat maafkan orang kat dunia ni Allah mudah maafkan kita di akhirat nanti.. “

YaAllah.. Jadikanlah kami adik beradik yg akan bersama dalam syurga nanti.. YaAlllah.. Rapatkanlah kami hubungan kami adik beradik..

Kisah dibawah dikongsikan oleh GPSBestari

Siapa yang tak sayang adik-beradik…darah daging sendiri, kan? Sejak kecil, ibu bapa kita telah melatih agar sayang-menyayangi, jangan cemburu, kena beralah. Masa kecil, mungkin kita boleh dengar nasihat itu sebab kita masih dalam pengawalan mak ayah. Tambahan lagi, kita masih kecil. Tapi, apabila kita beransur remaja dan dewasa, masing-masing ‘ikut kepala sendiri’. Di sinilah segala-galanya bermula…

Masih ingat lagi masa kecil, apa sahaja barang yang ibu atau ayah beli, pasti setiap anak akan menerima barang yang sama. Kalau tak sama pun, yang penting tetap dibelikan juga. Kerana apa…? Kerana takut nanti anak-anak kata ibu ayah membeza-bezakan pula.

Yang Ada Adik Beradik, Mohon Baca Ni. Jangan Share Selagi Tak Habis Baca!!

Kitacerita.com

Masa kecil dulu… teringat lagi yang Along akan selalu ‘top up’ duit belanja dia masa kena pow dengan budak darjah 5. Along, abang sulung kata, “Takpelah kalau dia tak belanja dan lapar pun, asalkan adik dia dapat makan.” Sedih, kan?

Masa kecil dulu juga, kakak yang dipanggil Angah akan selalu ‘back up’ kalau mak marah. Kadang-kadang benda yang Angah tak buat pun, dia akan mengaku dia buat sebab dia tak nak adik dia yang seorang ni kena marah.

Kalau nak dikenang satu persatu, memang banyaklah pertolongan Along dan Angah ni.

Satu benda yang tak boleh lupa

Bila dah remaja, pernah satu hari tertengking Angah sebab Angah tegur kenapa balik lambat. Yelah, masa tu balik lewat lepas tuisyen, pergi makan dulu dengan member. Bila Angah tanya, boleh aku jawab macam ni… “Ko sibuk kenapa? Orang dah besar, kan? Bukan budak kecik lagi. Jangan sibuk sangat hal orang boleh tak? Jagalah diri tu sendiri. Pergilah cari ‘boyfriend’, pastu kahwin. Sibuk sangat, kan!”

Nampak mata Angah ada air jernih. Wajahnya memerah. Tangannya menggigil. Rasanya dia nak sepak-sepak je muka aku agaknya waktu tu. Aku terus masuk bilik.

Beberapa hari juga Angah acuh tak acuh je bercakap dengan aku. Peduli apa, kan? Suka hati lah! Bercakap yang perlu je.

Masa makan malam, mak beritahu ada orang masuk meminang Angah dan Angah terima. Lagipun nak tunggu apa lagi kan. Usia Angah pun dah lewat.

Yang Ada Adik Beradik, Mohon Baca Ni. Jangan Share Selagi Tak Habis Baca!!

Sejak itu, aku rasa macam kehilangan. Kalau dulu, Angah lah teman berbual aku, teman buat lawak, teman berkongsi perasaan, teman segala-galanya lah. Tapi, sejak hari aku tengking Angah tu, aku rasa macam dah tak best duduk dalam rumah sendiri. Angah pun macam jauh hati. Keputusan peperiksaan aku agak terjejas. Mungkin sebab takde Angah yang ‘guide’ aku.

Lepas Angah kahwin, duduk rumah sendiri dengan suami dia. Lagilah aku terasa yang amat sangat. Along banyak kali nasihatkan aku supaya minta maaf dengan Angah. Mak pun cakap benda yang sama tapi.. aku malas nak ambil pot. Biarlah…!

Sampailah aku berjaya mendapat tawaran masuk universiti. Mak kata tak cukup duit sebab kursus yang aku pilih tu yurannya memang agak tinggi. Tapi nak buat macam mana…aku minat sangat.

Yang paling aku terkesan… dalam diam Angah hulur duit pada mak untuk tanggung pengajian aku. Kerjaya Angah memang mantap. Itu aku tak nafikan. Aku jadi serba salah. Nak ego sangat…? Tolak pertolongan Angah tu walhal aku minat sangat kursus tu.

Yang Ada Adik Beradik, Mohon Baca Ni. Jangan Share Selagi Tak Habis Baca!!

(Adik beradik Che Ta)

 

Kuasa Allah…hati aku lembut akhirnya. Bila Angah balik kampung jenguk kami, terus aku melutut kat kaki Angah, minta maaf semahu-mahunya. Hilang sekejap ‘kejantanan’ aku. Berjurai-jurai air mata aku keluar. Along dengan mak yang tengok sketsa tu (oh ya, ayah dah meninggal dunia), pun turut menangis tengok kami dua beradik berpelukan.

Masa tu, dada aku rasa lapang selapang-lapangnya. Nikmat yang Allah beri bila kita jalinkan kembali silaturahim. Kami sekeluarga kembali bertaut. Memang nampak aku macam OK je selama ini, tapi resah kat dalam hati sebenarnya hanya Allah yang tahu. Betullah…bila kita ‘sentap’kan hati adik-beradik, Allah tarik nikmat rezeki dan pelbagai lagi. Sebab Angah suka tolong adik-beradik, keluarga, tak kedekut, sebab itulah agaknya rezeki dia melimpah ruah, tak pernah putus. Walau aku pernah tengking Angah, tapi Angah simpan je dalam hati. Sanggup tanggung lagi pengajian aku, tak simpan dendam atau benci pun pada adik lelaki dia ni. Terima kasih Angah (Along dan Mak) yang dah sedarkan aku.

Jadi, aku nak pesan sikit pada korang yang ada adik-beradik tu, jagalah hubungan, silaturahim.

Rahmatilah kami adik beradik.. YaAllah ampunilah dosa adik beradik kami.. Kalau mereka ada buat salah pada kami..Amiiin

Kredit : FB Muhamad Rizuan via KitaCerita

 

 

Loading...