(Video) Rakaman Guru Belasah Murid Macam Nak Membunuh Dah

(Video) Ini Puncanya! Viral Rakaman Guru Mengamuk Belasah Murid, Macam Nak Membunuh Dah

Loading...

SEORANG guru lelaki menghayunkan tangannya sekuat hati, berulang kali ke arah muka dan perut salah seorang anak murid lelaki yang sedang duduk di atas kerusi di dalam kelas.

(Video) Rakaman Guru Belasah Murid Macam Nak Membunuh Dah

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Tindakan itu nampaknya bukan lagi sekadar untuk mengajar anak murid, tapi sudah seperti nak membunuh.

Apabila datang salah seorang murid lain cuba meredakan keadaan, murid berkenaan pula ditolak ke arah penjuru kelas di bahagian depan, dan dipukul di bahagian perut beberapa kali oleh guru terbabit menggunakan tangan.

Guru itu yang nampaknya masih belum berpuas hati, menyambung semula tindakannya memukul dan membelasah murid pertama tadi. Kali ini dia turut menghayunkan lututnya ke arah perut murid terbabit.

Apabila murid itu cuba menghindarkan diri dari guru yang bertindak ganas itu, dia ditarik kembali sebelum mukanya pula dihentak menggunakan lutut.

Apa yang dapat didengar, murid berkenaan hanya menyebut perkataan seperti, “tahu ustaz,tahu ustaz, tahu ustaz,” berulang kali. Mungkin guru tersebut juga merupakan seorang ustaz (betul ke ustaz? Suara tak berapa jelas).

Kejadian berkenaan berterusan, sebelum murid terbabit terus dipukul dan berlari keluar dari kelas melalui pintu depan bilik darjah. Guru berkenaan terus mengejarnya.

Rakaman video kejadian tersebut yang dipercayai dirakam oleh salah seorang murid di dalam kelas yang sama, menjadi viral di media sosial.

Puncanya?

JAKARTA – SEORANG GURU LELAKI DIRAKAM MEMBELASAH SEORANG MURID SECARA BERTUBI-TUBI DALAM KEJADIAN DI SEBUAH SEKOLAH DI DAERAH WARGA KOTA, BOGOR, DI SINI.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada minggu lalu itu, mangsa mengalami kecederaan teruk di beberapa bahagian badan termasuk bengkak pada bahagian muka akibat dibelasah guru lelaki terbabit.

Rakaman berdurasi 37 saat yang turut tular di media sosial Malaysia itu menunjukkan guru itu secara tiba-tiba meluru masuk ke dalam kelas dan terus ‘menghayun’ kepala mangsa.

Mangsa yang sedang duduk di atas kerusi itu dilihat tidak terdaya melakukan apa-apa dan hanya mampu menahan pukulan guru terbabit.

Di penghujung rakaman, mangsa akhirnya berjaya melarikan diri keluar dari kelas namun guru terbabit juga turut bertindak mengejarnya.

Dalam laporan portal Tribunnews, guru lelaki terbabit dipercayai berang dengan tindakan mangsa yang bercinta dan merosakkan masa depan anak perempuannya,

Di bawah ini video yang dimaksudkan.

Sumber : MiloSuam

Loading...