Peminat Teruja Tengok Baby Bump Siti Nurhaliza

Loading...

Baru-baru ini Datuk Siti Nurhaliza ada menerima kunjungan daripada Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang di kediamannya beberapa hari lalu.

Namun apa yang menarik perhatian adalah renungan tajam peminat beliau yang mendakwa melihat perubahan fizikal pada perut Siti. Menurut eraviral.com, secara ringkasnya mereka melihat ‘baby bump’ Siti yang sedikit kelihatan.

(Comelnya Tok Ti)

Kalau masih ingat pernah suatu ketika dulu kecoh berita Siti sedang hamil kerana tersebarnya laporan ujian darah di sebuah hospital. Tanpa memberikan sebarang penjelasan mengenai perkara itu, berita tersebut berlalu begitu sahaja.

Sekarang pula kecoh gambar yang dimuat naik di Instagram memperlihatkan ‘baby bump’ beliau.

Malah ruangan komen di akaun Instagram penyanyi tersebut juga penuh dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada peminat yang menyangka beliau sedang hamil.

Hanya sekelip mata gambar itu dihujani dengan ucapan tahniah dan doa agar kandungan Siti sentiasa sihat dan segala urusan ketika hamil dipermudahkan.

sitinorrihan1985: Wah!!! Can see the baby bump there!! 

miss_rossa88: Lamanya nak tgu nex yr.. ada siti nurhaliza junior..hehe

miss_rossa88: Syukur la wedding anniversary @ctdk yg ke 11 ni dimakbulkan tok ti pregnant.. kebetulan no. 11 fevret no. Tok ti.. alhamdulillah

tia.wiradinata: Jaga kesehatan yaah kakak sayang.. Doa terbaik untuk kesayanganku ini @ctdk Insya Allah,, semoga kedua2nya sehat dan dijaga olehNYA Aamiin 

my_april_lilac: sy nampak baby bump

Nampaknya begitu tajam mata peminat-peminat Siti memerhati perubahan fizikal penyanyi kesayangan mereka ini.

Siapa tidak teruja setelah sekian lama menantikan berita gembira ini, akhirnya penantian mereka terjawab. Pastinya peminat Siti tidak sabar mendengar berita ini dari mulutnya sendiri.

Apapun buat setakat ini Siti masih lagi berdiam diri dengan dakwaan ini. Namun jika benar apa yang diperkatakan, tahniah diucapkan buat Siti dan suami di atas berita gembira ini. Tetapi jika ianya hanya desas-desus sahaja, kami doakan pasangan ini akan dikurniakan rezeki anak suatu hari nanti.

Kalau dia nak rahsiakan dulu berita ini pun, itu hak dia. Kita sebagai peminat harus menghormati privasi dan kehendak Dato Siti. Macam lagu dia la, ‘Biarlah Rahsia’

 

Loading...