Hafiz Hamidun Tak Mampu Berikan Nafkah Batin. Dia Bukan Taste Saya – Sidang Media Bersama Joy Revfa

Loading...

Sebentar tadi, sebuah sidang media oleh Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Amin telah pun berlangsung. Joy ditemui pada sidang media yang diadakan di pejabat urusan Merve di Shah Alam untuk tampil menjawab soalan daripada pihak media dan orang ramai tentang status perkahwinannya dengan Hafiz Hamidun.

Turut hadir ialah peguam syarie mewakili Joy iaitu Aznor Syuhada dan Muhammad Nur Hafiz Roslan. Ibu dan kakaknya turut kelihatan.

Siti Arifah atau lebih mesra disapa Joy Revfa mendedahkan suaminya, Hafiz Hamidun tidak mampu memberikan nafkah batin. Jika Hafiz Hamidun mahukan penceraian, Joy versetuju kerana Hafiz tidak dapat memberi nafkah batin.

Menurut Joy, dalam perkahwinan pastinya akan ada perhubungan sebagai suami-isteri dan berlaku istimta semasa dia bersama Hafiz.

Selain itu, Joy juga mendedahkan bahawa hafiz Hamidun sebenarnya bukan taste dia untuk dijadikan suami, tetapi ibunya berpendapat Hafiz lelaki yang bagus kerana seperti berilmu.

Ini pendedahan Joy Revfa:

Hafiz Hamidun Tak Mampu Berikan Nafkah Batin. Dia Bukan Taste Saya - Sidang Media Bersama Joy Revfa

“Kalau ikutkan saya, Hafiz Hamidun bukan taste saya,”

“Awal perkahwinan dia bermalam selama enam hari di rumah saya dan kami berbulan madu di Taiwan untuk program Astro.

“Saya ingin memperbetulkan bahawa tiada istilah melakukan hubungan intim seperti yang tular di blog hiburan dan kami hanya melalui hubungan awal suami-isteri.

“Dahulu dia buat sidang media dan kata tak pernah menyentuh saya, oleh kerana itu saya rasa perlu untuk menegaskan tentang hal ini,”

Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menetapkan 9 November depan untuk sebutan kes faraq nikah yang difailkan Joy terhadap Hafiz pada 18 Ogos lalu.

Dalam pada lain, Hafiz Hamidun dikatakan telah menfailkan permohonan cerai ke atas Joy Revfa

Berikut adalah video perkongsian dari Harian Metro Online

 

 

 

Loading...