Beli Rumah Atas Nama Suami, Apabila Suami Meninggal Dunia, Rumah Akan Jadi Milik Siapa? Ikuti Penjelasan Ni

Beli Rumah Atas Nama Suami, Apabila Suami Meninggal Dunia, Rumah Akan Jadi Milik Siapa? Ikuti Penjelasan Ni

Loading...

Kebiasaanya, apabila suami meninggal dunia, rumah yang di atas nama suami perlu akan mengikut faraid. Jika suami sudah tiada mak ayah, dan tiada anak lelaki, maka warisnya ialah isteri serta adik beradik si suami.

Beli Rumah Atas Nama Suami, Apabila Suami Meninggal Dunia, Rumah Akan Jadi Milik Siapa? Ikuti Penjelasan Ni

Jika rumah berharga RM300,000

(Harga mesti mengikut harga pasaran)

Bagaimana perbahagian dibuat?

1/4 milik isteri

Selebihnya adalah milik adik beradik si suami. Jika proses dibawa ke Pejabat Pesaka Kecil, semua waris akan berbincang, bagaimana ingin agihkan.

 

Beli Rumah Atas Nama Suami, Apabila Suami Meninggal Dunia, Rumah Akan Jadi Milik Siapa? Ikuti Penjelasan Ni

DUA SITUASI MUNGKIN BERLAKU

PERTAMA

Jika mereka setuju untuk melepaskan hak, semua 100% milik si isteri

Alhamdulilah proses akan menjadi mudah

KEDUA

Jika waris lain menuntut hak

Si isteri hendaklah berikannya dalam bentuk wang. Jika bahagian adik beradik RM100,000, isteri hendaklah membayar sejumlah itu.

Tapi kalau tiada duit? Apa perlu buat?

Situasi yang berlaku ialah rumah itu akan dijual. Duit akan diagih ikut faraid. Rumah yang dibina sekian lama, terpaksa dijual kerana tiada wang

Kasihan isteri

Bagaimana elakkan perkara ini berlaku?

Penyelesaiannya ada 3

Yang paling terbaik ialah cara 1

Beli Rumah Atas Nama Suami, Apabila Suami Meninggal Dunia, Rumah Akan Jadi Milik Siapa? Ikuti Penjelasan Ni

1. Buat hibah bersyarat

Hibahkan siap siap semua bahagian rumah kepada anak atau isteri. Dengan ini rumah itu sudah terkeluar dari harta pusaka.

Rumah boleh dihibahkan walaupun belum habis bayaran/atas cagaran ( Dengan syarat ada MRTA/MRTT)

Kelebihan hibah ini ialah “ownership” rumah masih di atas pemberi. Oleh itu, tiada risiko rumah dijual atau rumah disita jika anak penerima hibah bercadang untuk jual atau tiba tiba jatuh bankrap.

Cara ini lebih selamat dan kos efektif jika dibandingkan kos stamp duty penukaran nama di Pejabat Tanah. Hanya satu syarikat sahaja yang membuat cara ini

Ia sudah terbukti dengan 300+ kes telah diselesaikan. Syarikat ini sahaja yang melalui Mahkamah Syariah dan mendapatkan pengesahan perintah hibah

Kos juga tidaklah begitu mahal. RM1600 sahaja untuk menghibahkan 1-3 geran rumah atau tanah. Sangat murah dan syarikat ada track record yang baik

 

2. Buat hibah mutlak

Tukarkan nama atas geran kepada nama anak/isteri di Pejabat Tanah. Di sini hanya boleh dibuat jika rumah sudah habis dibayar. Namun kelemahan hibah mutlak ialah ia tidak boleh berpatah balik dan pemberi telah hilang “ownership” rumah tersebut. Jika si anak tiba tiba ingin menjual, beliau ada hak untuk menjualnya. Jika si anak jatuh bankrap, rumah itu akan disita.

Cara hibah mutlak ini ialah mengisi borang Borang 14A di Pejabat Tanah. Kami selalu berikan panggilan HIBA untuk hibah mutlak ini. Kerana si pemberi sudah tiada permilikan apa apa

Beli Rumah Atas Nama Suami, Apabila Suami Meninggal Dunia, Rumah Akan Jadi Milik Siapa? Ikuti Penjelasan Ni

3. Ambil takaful yang jumlah pampasan meninggal sama dengan harga rumah

Apabila anda meninggal dunia, duit pampasan itulah digunakan untuk membayar hak hak waris lain

Seperti di atas, hak adik beradik lain ialah RM100,000. Jadi gunakan wang tersebut untuk bayar adik beradik yang lain. Itu pun dengan syarat mereka bersetuju. Cara ini yang paling kurang efektif dan tinggi kosnya

Cuba buat kiraan

Polisi bernilai RM300,000. 20 tahun kemudian tetap RM300,000

Manakala rumah, tahun demi tahun akan naik

Rumah RM300,000 sekarang, 20 tahun kemudian sudah menjadi RM500,000-RM700,000

Sudah melebihi pampasan meninggal polisi. Tidak lagi relevan untuk menyelesaikan pertikaian harta pusaka

Di sini penting memahami instrumen ini dalam merancang harta pusaka

REAL CASES

Satu keluarga di Kedah. Keluarga hanya ada anak perempuan sahaja. Si suami tiba tiba meninggal, adik-beradik belah si suami mula berebut ingin hak mereka di rumah tersebut

Kesudahannya, isteri yang baru kehilangan suami terpaksa menjual rumahnya kerana tiada wang untuk diberikan serta suami tidak merancang harta pusaka

Sedih kan?

Inilah realiti. Orang kita, cerita tentang pengiraan faraid mengalahkan ustaz tapi apabila dapat duit, terus hilang entah ke mana.

Mereka lupa, hak itu datang dengan tanggungjawab berat menjaga si balu dan anak anaknya. Hukum faraid sudah adil dan cantik, tapi si penunggang agama mempalitkan dengan kotor dan kudis.

Jika risau keadaan berlaku sebegini, rancanglah harta anda. Tutup ruang untuk berlaku perkelahian dan orang tersayang anda dizalimi suatu hari nanti. Zahirkan kasih sayang anda dengan rancang harta pusaka sekarang

Oleh: FB Tuan Fatihin Abshar

 

 

Loading...