Adakah Anda Selalu Nampak ‘Ulat’ Ini Terbang Di Mata Anda? Bahaya Tak?

Loading...

Sudah pasti ramai antara kita selalu melihat objek berbentuk cacing atau ulat “tranparent” seperti ini yang terapung-apung di mata kita terutama apabila melihat kearah langit, adakala ia hilang dan adakala muncul bermain-main di mata kita, apakah sebenarnya objek ini?

Ia kelihatan samar-samar lepastu terus hilang dalam beberapa ketika kemudian muncul balik. Ada yang kata itu oksigen, sebenarnya bukan!

Ia selalu muncul lepas korang melihat cahaya terang seperti menonton tv, melihat skrin telefon atau di kawasan-kawasn outdoor. Jadi, ada sedikit info yang kami nak kongsikan kepada korang, sebenarya benda ini bukanlah oksigen atau gambaran udara yang orang gembar gemburkan itu, ia sebenarnya satu benda yang tak elok.

Muscae Volitante

Untuk pengetahuan anda, ia adalah ‘muscae volitantes’ atau ‘flying flies’ dan ianya bukanlah kerana terdapat ulat atau objek pelik di dalam mata kita atau semata-mata khayalan.

Sebenarnya ia terhasil dari cebisan-cebisan tisu, rumpun-rumpun protein atau sel-sel darah merah dalam mata kita yang bergerak.

Maka terhasillah paparan-paparan seperti ‘ulat terbang’ yang kita lihat hasil bayang-bayang cebisan-cebisan tisu, rumpun-rumpun protein atau sel-sel darah merah yang bergerak itu.

Jika anda ingin melihat dengan lebih jelas ‘ulat terbang’ ini, tutup mata anda dengan kedua-dua belah tangan, lalu buka mata ditempat terang seperti lihat ke langit.

Semakin terang cahaya yang masuk ke mata semakin kecil pupil dan semakin banyak “ulat-ulat” itu terhasil di retina.

Jadi, Macam Mana Nak Kurangkannya?

1. Relaks!

Kadang-kadang, mata korang terlalu letih atau ketegangan, mungkin terlalu lama hadap telefon atau komputer. Itulah penyebab ia muncul di depan mata korang, kadang-kadang ia muncul tiba-tiba. Mata korang memerlukan rehat.

2. Tutup Mata Dengan Kain Panas/Suam & Urut Di Bahagian Sisi Dahi

Urut ‘temples’ (rujuk gambar diatas) perlahan-lahan sambil tutup mata dengan kain yang hanga ataupun gosok kedua-dua tapak tangan untuk menjana haba diatas kelopak mata korang.

3. Senaman Mata : Guling Mengikut Arah & Lawan Jam.

Ulangi beberapa kali sehari. ataupun lakukan senaman lain iaitu memegang objek (contohnya, pen) di hadapan korang sejauh mungkin. Memberi tumpuan kepada objek dan gerakkan perlahan-lahan dekat dengan muka sampai kira-kira enam inci.

4. Kurangkan Kekerapan Melihat Skrin, Memang Susah Tapi Cuba!

Bukan boleh ada ‘floating’ ni je, malah mata pun makin rosak tau!

5. Banyakkan Minum Air

Air boleh membantu jana detox dalam badan, ‘floaters’ yang muncul di mata koran mungkin menunjukkan pengumpulan toksin.

6. Banyak Makan Makanan Yang Antioksidan

Makanan yang tinggi antioksidan Seperti Oren, Buah Delima & Strawberi boleh membantu melawan kerosakan radikal bebas (yang jadi penyebab kemunculan floaters di dalam mata).

7. Yoga

Selain dapat menghilangkan stress, setiap pergerakan yoga memerlukan korang untuk menutup mata. Secara tak langsung, mata korang juga sedang berehat

8. Gunakan Kaca Mata Gelap Kerana Boleh Lindungi Sinaran UV

9. Pastikan Cukup Tidur, Bukan Badan Yang Cukup Rehat, Mata Pun!

 

Jom lihat video untuk penjelasan penuh kejadian ini.

 

Sumber : MauKerja via KitaCerita

 

Loading...